Alhamdulillah, orang lain sibuk beraya di rumah rakan-rakan dan sanak saudara. Saya terpaksa duduk di kandang menunggu kambing beranak. Pada 6:30pm 12 September 2010 atau bersamaan 3 Syawal 1431H lahir lagi seekor anak Pejantan Jamnapari di kandang Usrah Agro Farm.
Kebetulan ada di kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri ini, sempat jenguk-jenguk ke kandang kambing dan berpeluang menyambut kelahiran anak kambing baru. Satu pengalaman yang amat menyeronokkan mengajar 1001 erti kehidupan.
Sempena bulan Syawal yang mulia ini, kami namakan anak kambing ini "Syawal". Semoga Syawal dan pada tahun ini kami diberi petunjuk serta hidayah oleh Allah sebagai tanda kemenangan umat Islam setelah tamat berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan bertambah-tambah lagi rezeki yang diberikan. InsyaAllah.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahu Akbar Walillah Ilham.
Gambar di bawah ini pula anak kambing pejantan yang sudah berumur 2 bulan setengah lahir pada 7 Julai yang lalu (post sebelum ini). Tengok lagak dan gayanya amat manja sekali dan nakal.











0 comments:
Post a Comment